Kebakaran boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Ia boleh berlaku di rumah kita, di pejabat, di komplek membeli belah dan di mana-mana juga seperti kebakaran hutan dan belukar, kebakaran kenderaan dan lain-lain lagi.
Berikut adalah langkah-langkah yang harus anda ikuti:
- Kejutkan semua orang yang berada di dalam premis anda dan aktifkan alat amaran kebakaran yang paling hampir dengan anda seperti penggera pecahkaca untuk mengejutkan orang di dalam bangunan tersebut dan bangunan yang berhampiran.
- Segera keluar dari bangunan yang terlibat dan berkumpul di satu kawasan yang selamat seperti tempat di tempat berhimpun yang telah ditetapkan, parking kereta awam atau di tepi jalan dalam jarak yang selamat iaitu diantara 1.5 ke 2 kali ketinggian bangunan yang terlibat. Elakkan daripada berkumpul di laluan kerera bomba.
- Hubungi talian kecemasan iaitu 999 dan pihak pengurus keselamatan bangunan sekiranya anda mengetahuinya.
- Jangan membasir masa untuk membawa keluar barang-barang yang besar dan berat. Ingat barang boleh di cari tetapi nyawa tidak dapat diganti.
- Tutup pintu rintangan api atau pintu kompartmen di mana kebakaran berlaku. Ini bertujuan untuk melengahkan api merebak dan memberi masa kepada anda untuk menyelamatkan diri.
- Keluar dari bangunan dengan menggunakan laluan menyelamatkan diri dan tangga kecemasan. Elakkan dari menggunakan lif kecuali bagi orang yang kurang upaya.
- Sekiranya anda sampai di laluan di mana terdapat pintu tertutup, sebelum anda buka pintu tersebut, rasakan dengan belakang tangan anda pada bahagian atas pintu, pemulas pintu (doorknob), dan ruang diantara pintu dan bingkai pintu untuk memastikan tidak ada kebakaran disebalik pintu tersebut.
- Walaupun mungkin pintu itu sejuk, bukalah pintu tersebut dengan berhati-hati iaitu dengan menyandarkan bahu anda pada pintu terebut dan buka dengan perlahan-perlahan. Ini kerana sekiranya terdapat kebakaran di sebalik pintu tersebut, tekanan hasil dari kepanasan kebakaran tersebut akan memberi daya tolakan yang cukup kuat.
- Sekiranya laluan menyelamatkan diri telah dipenuhi oleh asap, berjalanlah dengan membongkokkan diri sambil menutup mulut dan hidung anda dengan saputangan, oksigen biasanya berada di bawah aras asap. Asap biasanya mengandungi gas yang beracun yang boleh menyebabkan kematian.
- Ikutlah tanda arah ke tempat berhimpun yang telah ditentukan.
- Jangan cuba untuk memasuki kembali ke dalam bangunan setelah anda telah keluar dari bangunan tersebut melainkan setelah ianya tentukan selamat oleh pihak yang berkuasa. Sekiranya anda mengsyaki kemungkinan masih ada sesaorang yang anda kenal di dalam bangunan tersebut, maklumkan kepada ahli bomba yang berada di tempat kejadian.
By Dr. Yahya bin Mohamad Yatim
Fakulti Alam Bina,
Universiti Teknologi Malaysia.
No comments:
Post a Comment