Thursday, August 13, 2009

Kad Hijau CIDB

(Nota: Lihat juga Maklumat Penting UTMSPACE)





Kad Hijau CIDB (Green Card) adalah kad berwarna hijau dikeluarkan oleh CIDB (Construction Industry Development Board). Ia satu bentuk Safety Passport yang diperlukan oleh sesiapa sahaja yang ingin memasuki tapak binaan.

Untuk memiliki kad hijau seseorang diwajibkan mengikuti safety and health training selama sehari. Di sinilah peluang yang baik untuk sesiapa sahaja mendapatkan pengetahuan berkaitan safety and health.


Di UTM, mereka yang melalui kursus Kad Hijau dengan trainer yang telah ditauliahkan oleh UTMSPACE layak mendapat pengecualian kursus Occupational Safety and Health Awareness (OSHA).


Bermula pada tahun 1997, CIDB telah melaksanakan peraturan supaya semua yang terlibat dengan tapak binaan mesti memiliki Kad Hijau CIDB. Jika terdapat individu yang tidak memiliki kad hijau dan berada di tapak binaan, maka dikira bersalah dan boleh dikenakan tindakan oleh CIDB.



Untuk memiliki kad hijau, seseorang perlu memohon menggunakan Borang UPP1. Permohonan boleh dibuat melalui Safety Trainer yang telah dilantik oleh CIDB. Safety Trainer akan mengajukan permohonan tersebut ke CIDB untuk proses pengeluaran kad hijau.

Cara memohon juga ada disediakan.


Setiap mereka yang memohon juga wajib mengikuti kursus sehari tentang keselamatan dan kesihatan untuk tapak binaan. Kursus dikendalikan oleh Safety Trainer berkenaan. Tempat kursus akan ditetapkan kemudian oleh pihak Safety Trainer.

Setiap kursus hanya dihadkan kepada 40 orang peserta.

Selepas kursus permohonan Kad Hijau akan diproses oleh CIDB. Selama 10 hari bekerja, Kad Hijau sedia untuk diambil.

Semua pemegang Kad Hijau juga mendapat perlindungan Skim Perlindungan Takaful selama tempoh Kad Hijau itu masih sah.


Safety Trainer
6 Mac 2012

1 comment:

  1. is there any official document for CIDB Green Card Program that stated the definition of green card, syllabus used and objective?

    ReplyDelete