Waris Allahyarham Nabil (kiri) ketika menerima cek bernilai RM21,500 dari Dekan FKA UTM (tengah). Nabil adalah staff Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) UTM. Dia telah mengalami kemalangan maut di Lebuhraya PLUS ketika dalam perjalanan dari KL ke JB. Ketika kemalangan, Kad Hijau Nabil masih lagi sah. Terima kasih CIDB.
Semua pemegang kad hijau dilindungi Skim Perlindungan Takaful selama tempoh hayat kad hijau. Perlindungan ini adalah 24 jam, bila-bila masa dan di mana jua anda berada di seluruh dunia. Ia tidak terhad kepada kejadian kemalangan di waktu bekerja dan di bumi Malaysia sahaja.
Manfaat Skim Perlindungan Takaful Kad Hijau CIDB adalah seperti berikut:
JENIS PERLINDUNGAN | BANYAK MANFAAT (RM) |
Kematian akibat kemalangan |
21,000.00
|
Keilatan kekal akibat kemalangan |
18,000.00
|
Kematian biasa |
3,000.00
|
Keilatan kekal seluruh tubuh badan |
3,000.00
|
Belanja pengkebumian |
500.00
|
Manfaat wad hospital akibat kemalangan | 25.00 / hari (max 25 hari) |
No comments:
Post a Comment