Tuesday, October 13, 2009

Kursus SHO

Terdapat beberapa pertanyaan berkaitan langkah menjadi seorang Safety and Health Officer (SHO). Berikut beberapa maklumat yang mungkin boleh membantu:
  1. Untuk menjadi SHO anda perlu mengikuti kursus modul SHO.
  2. Terdapat banyak pihak yang menawarkan kursus berkenaan tetapi dengan bayaran.
  3. Antara yang menawarkan kursus modul SHO ialah NIOSH.
  4. Yuran mengikuti kursus RM 4,000.00. Maklumat lanjut mengenai jadual kursus boleh lawati homepage niosh http://www.niosh.com.my/
  5. Terdapat 3 versi kursus SHO di NIOSH iaitu fulltime, module dan part-time.
  6. Kursus full time mengambil masa 20 hari.
  7. Kursus melalui modul mengambil masa 4 bulan iaitu 1 minggu dalam setiap bulan.
  8. Kursus part-time pula dibuat hanya pada hujung minggu.
  9. Tamat kursus modul SHO anda akan mendapat sijil tamat kursus.
  10. Setelah habis kursus anda belum menjadi SHO. Anda perlu menduduki peperiksaan SHO.
  11. Hanya NIOSH yang dibenarkan mengendalikan peperiksaan SHO.
  12. Tetapi calun peperiksaan SHO tidak semestinya dari pelajar NIOSH sahaja.
  13. Mereka yang ingin menduduki peperiksaan SHO mesti memiliki sijil tamat kursus modul SHO.
  14. Bayaran peperiksaan SHO ialah RM 700.00
  15. Lulus peperiksaan SHO anda layak mendaftar dengan Department of Occupational Safety and Health (DOSH).
  16. Setelah mendaftaran dengan DOSH diterima, barulah anda diiktiraf seorang SHO.
  17. Bagi graduan yang menganggur, anda layak mendapat kursus percuma anjuran NIOSH.
  18. Melalui modul percuma ini, anda perlu mengikuti kursus selama 3 bulan.
  19. Yuran kursus, tempat tinggal dan elaun bulanan akan ditanggung oleh NIOSH.
  20. Jika berminat boleh hubungi NIOSH JB atau hubungi saya.

Sekian semoga membantu

Safety Trainer

5 comments:

  1. saya berminat untuk menyertai kursus SHO ni,..tp dri dlu xtau bgaimana,.yg sy taw melalui nioash atau bdan lain dgn yuran yg mhl,..sy diploma holder civil eng,..sy brfikir perlu kumpul duit dlu tuk menyertai,..tp klu da kursus yg mndpt pembiayaian atau tajaan,.bgaimna sy bole memohon?,...kerana sy ingin menjadi safety trainer jugk,.:)

    ReplyDelete
  2. salam
    saya nathasa,saya berminat untuk mengikuti kursus ini,saya lepasan diploma kejuruteraan awam,boleh x en,beri penerangan lebih lanjut pada saya untuk jadi S.O nie,saya harap en dapat membantu saya untuk tunjukkan hala yg patut saya follow tok jd S.O memandangkan saye baru habis diploma,ekonomi kewangan masih belum stabil untung menampung sejumlah wang yg diperuntukan untuk mengambil kurusus S.0 boleh kew kurusus nie dibayar secara ansuransur.?kerjasama en, amat sya hargai..sye harap en dapat membantu saya.

    ReplyDelete
  3. Boleh saya tahu macamana nak mengikuti kursus ni sebagai graduan menganggur?

    ReplyDelete
  4. salam encik,,mcam mane sy nk apply niosh nie??

    ReplyDelete
  5. salam encik..saya baru habis grad bulan 12 2012..course civil eng. saya berminat utk mengikuti khusus NIOSH nie..macam mana saya nk apply??

    ReplyDelete