Friday, August 14, 2009

Kad Hijau Untuk Staff UTM

Kursus Health and Safety untuk mendapatkan kad hijau telah dimasukkan dalam senarai kursus anjuran HCD (Human Capital Development) UTM. Ini bermakna, pihak HCD UTM akan menganjurkan kursus berkenaan dan menanggung perbelanjaan untuk mendapat kad hijau.

Sebagai staf UTM, anda hanya perlu melengkapkan
Borang UPP1 dan menyerahkannya kepada HCD UTM tanpa apa-apa bayaran. Pihak HCD UTM akan menghubungi anda untuk memaklumkan tarikh kursus berkenaan.

Ramai di antara staf UTM telah mendapat manfaat ini.


Umum mengetahui, ramai staf UTM yang terlibat dengan kerja-kerja di tapak binaan atau yang berkaitan dengannya. Mereka terdiri dari pensyarah, pegawai universiti, pemantau kualiti dari Pejabat Harta Bina, juruteknik di makmal sehingga ke semua staf sokongan di UTM.

Pihak Unit OSH UTM telah memutuskan bahwa semua kawasan pembinaan dalam UTM adalah kawasan Kad Hijau CIDB. Oleh itu, semua personel yang ingin masuk ke kawasan pembinaan mesti memiliki kad hijau.

Beberapa perkara berikut mungkin berkaitan dengan anda sabagi staff UTM:

  1. Mana-mana staf fakulti yang ditugaskan memantau pembinaan bangunan fakulti masing-masing. Anda mesti memiliki kad hijau sebelum memasuki tapak binaan.


  2. Terdapat pensyarah yang akan menyelia latihan industri pelajar. Anda akan melawat tapak binaan atau loji pemerosesan. Sediakan diri anda terlebih dahulu dengan memiliki kad hijau.


  3. Staf makmal yang banyak terlibat dengan pengambilan sample di lapangan untuk tujuan ujian makmal.


  4. Pensyarah yang merancang membawa pelajar untuk melawat tapak binaan. Pastikan anda memahami amalan keselamatan di tapak binaan. Anda dan pelajar mungkin tidak dibenarkan masuk sekirannya tidak memiliki kad hijau.

Semoga membantu

Safety Trainer
14 Ogos 2009

No comments:

Post a Comment