Friday, August 14, 2009

Degree++ on HSE4IP

Health, Safety and Environment for Industrial Practices (HSE4IP) adalah satu modul safety and health training yang ditawarkan melalui SPACE UTM Degree++ program. Modul ini direka khas untuk pelajar-pelajar universiti yang bakal memasuki berbagai bidang pekerjaan.



Pelajar universiti yang terdiri dari berbagai bidang kursus mungkin tidak berpeluang mengikuti kursus keselamatan dan kesihatan sepanjang pengajian. Bagi sesetengah kursus, safety and health mungkin subjek yang tiada berkaitan. Namun hakikatnya, safety and health adalah keperluan hidup termasuklah di alam pekerjaan.

Amalan dalam semua bidang industri sekarang ini, banyak menitikberatkan aspek keselamatan, kesihatan dan persekitaran. Kebanyakan mereka mula perihatinan memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Amalan itu juga sejajar dengan langkah mematuhi undang-undang di bawah
Occupational Safety and Health Act (OSHA94), Factory Machinery Act (FMA67) dan Environmental Quality Act (EQA74).



Sebagai persiapan awal, pelajar universiti sewajarnya mempunyai bekalan yang cukup tentang amalan Safety and Health dalam industri. Di samping memiliki pengetahuan tambahan, ia juga mampu menjadi nilai tambah yang membolehkan seseorang pelajar "lebih laku" di persada pekerjaan.

Memahami kepenting semasa ini, melalui HSE4IP, pelajar akan dilatih mengetahui undang-undang berkaitan OSH. Mereka juga didedahkan kemahiran bagaimana kemalangan berlaku dan langkah mengelakkannya. Seterusnya pengenalpastian hazard di tempat kerja juga ditekankan. Ia akan diikuti dengan kaedah mengawal hazard tersebut supaya tidak menyebabkan kemalangan. Penerangan juga diberikan bagaimana mencegah kemalangan. Malah, kalau pun berlaku kemalangan, pelajar juga diajar bagaimanakah kaedah melindungi diri.

Beberapa peluang pekerjaan dalam bidang
Safety and Health juga akan dibincangkan.

Modul ini dirangka khas berdasarkan modul
Safety and Health in Oil and Gas Industry. Namun, pengubahsuaian dibuat supaya ia dapat diamalkan dalam semua bidang industri.

HSE4IP adalah antara kursus favourite di kalangan pelajar UTM. Sekurang-kurangnya 5 kumpulan pelajar telah mengikuti kursus ini pada setiap semester. Lihatlah komen mereka yang telah mengikuti modul ini.


Kursus dikendalikan dalam suasana perbincangan kumpulan. Anda juga dilatih bagaimana membuat effective presentation bersama-sama rakan yang. Lihatlah pengalaman mereka yang lepas.

Jika berminat, anda boleh melawati Laman Web Degree++ SPACE UTM. HSE4IP diletakkan di bawah kod kursus GLA1016.

Semoga membantu

Safety Trainer
14 Ogos 2009


No comments:

Post a Comment