Semua pemegang kad hijau akan mendapat manfaat antaranya seperti berikut:
- Perlindungan Takaful selama tempoh kad hijau hidup, pada bila-bila masa di mana jua kita berada. Untuk bayaran RM 50.00, kad hijau akan hidup selama 2 tahun. Ini bermakna CIDB memberikan perlindungan takaful kepada anda dengan bayaran hanya RM 25.00 setahun!!
- Perlindungan Takaful adalah untuk tempoh 24 jam sehari. Bermakna, perlindungan bukan hanya pada waktu bekerja tetapi juga di luar waktu bekerja.
- Perlindungan Takaful bukan sahaja di Malaysia malah di mana-mana tempat di seluruh dunia. Contoh: Jika anda sebagai pemegang kad hijau CIDB, mengalami kemalangan maut ketika melancung di Australia, CIDB akan membayar pampasan kepada waris anda sebanyak RM 21,000.00.
- Pemegang kad hijau juga akan menikmati potongan yuran sehingga 50% kepada kursus-kursus tertentu anjuran CIDB.
- Pemegang kad hijau rakyat Malaysia, layak untuk mengikuti kursus percuma anjuran Akademi Binaan Malaysia.
- Mendapat pengetahuan Safety and Health kerana anda akan menghadiri kursus percuma anjuran CIDB.
- Bagi pelajar UTM, ada beberapa faedah tambahan:
- UTMSPACE telah bersetuju bahwa semua pelajar yang mengikuti Kursus Kad Hijau tidak perlu megikuti kursus OSHA.
- Pelajar yang memiliki Kad Hijau juga boleh menuntut semula bayaran RM 50 dari pihak UTMSPACE dengan menunjukkan Kad Hijau anda.
- UTMSPACE juga bersetuju supaya pelajar UTM yang memerlukan Kad Hijau dikehendaki memohon Kursus Kad Hijau dan bukan OSHA.
Semoga membantu
Safety Trainer
07 Oktober 2011
No comments:
Post a Comment