Thursday, August 13, 2009

Bila Kursus Kad Hijau?

Kursus Kad Hijau CIDB akan dilaksanakan mengikut keperluan. Beberapa perkara berikut mungkin membantu.

  1. Tarikh Kursus, Masa dan Tempat ada dinyatakan dalam Group masing-masing  (click di sini untuk contoh Group).  Ia  ditetapkan mengikut keperluan semasa. Juga boleh lihat di Senarai Group.


  2. Setiap kumpulan hanya dihadkan kepada 40 orang peserta sahaja. Bermakna, sekiranya bilangan peserta belum mencukupi, permohonan akan terus dibuka. Peserta perlu Mohon KH dan Bayar KH.


  3. Pelajar digalakkan membuat perancangan sesama ahli kelas untuk membuat permohonan serentak. Ini akan mempercepatkan lagi proses permohonan kad hijau.


  4. Sekiranya peserta melebihi 40 orang, peserta selebihnya akan dikumpulkan ke kumpulan seterusnya.


  5. Bagi pelajar UTM Skudai, kursus akan dikendalikan di dalam kampus UTM. Kursus akan dikendalikan oleh Safety Trainer yang telah ditauliahkan oleh CIDB.


  6. Bagi peserta di luar UTM, jika bilangan mencukupi, kursus boleh dijalankan di tempat saudara berada.


  7. Tarikh kursus adalah flexible dan boleh dibuat pada tarikh yang sesuai dengan masa pelajar. Bermakna, bila permohonan mencukupi 40 peserta, tarikh kursus akan ditetapkan.
Semoga membantu
Safety Trainer
05 September 2013

No comments:

Post a Comment