Selamat datang juga kepada pelajar baru yang memulakan semester 1 Sesi 2019/2020.
Seperti biasa kebanyakan pelajar UTM akan mengikuti latihan industri dan lawatan tapak untuk tujuan akademik atau pengumpulan data. Pastikan anda memiliki Kad Hijau. Ia adalah passport memasuki tapak binaan. Tanpa Kad Hijau anda dikira bersalah jika berada ditapak binaan. Denda maksimum RM5,000.
Kad Hijau boleh dimiliki dengan cara berikut:
- Buat permohonan online di menu Mohon Kad Hijau.
- Kemudian anda akan dikehendaki mengikuti kursus Kad Hijau. Tarikah kursus anda boleh disemak di menu Cari Nama Anda.
Bayaran dikenakan:
- RM55 untuk urusan pendafataran dan yuran CIDB - lihat borang Mohon Kad Hijau
- RM25 bayaran Kad Hijau - perlu bayar sendiri semasa ambil kad di CIDB
Polisi CIDB mewajibkan tuan punya kad mengambil kadnya sendiri di pejabat CIDB.
Mohonlah awal untuk mengelakkan kesesakan permohonan di saat-saat akhir.
Safety Trainer
2 Sept 2019
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKalau Saya (pelajar) sudah Ada kad hijau perlu hadir kursus ke? Adakah rekod Saya akan Ada di fakulti?
ReplyDeleteDah ada kad hijau x perlu kursus. Rekod tidak ada di fakulti sebaliknya kena daftarkan di UTMSPACE dan buat tuntutan RM50
ReplyDeletenak tanya, mcm mana nk check tarikh kursus saya ya, permohonan saya sudah diluluskan
ReplyDeleteKalau sudah ada kad hijau perlu hadir kursus tak untuk renew kad hijau .
ReplyDelete