Monday, February 20, 2012

Selamat Kembali Ke UTM


Salam semua. Selamat kembali semula ke UTM diucapkan kepada semua pelajar. Teruskan usaha anda memburu kejayaan. Semoga semua urusan menjadi mudah. Bagi mereka yang telah graduate, diucapkan tahniah. Selamat menempuhi alam pekerjaan.

Semester 2 merupakan persiapan terakhir bagi pelajar yang akan mengikuti latihan industri (LI). Ramai pelajar akan mula didedahkan kepada alam pekerjaan yang selama ini belum pernah anda tempuhi. Aspek keselamatan mesti diambil berat. Oleh itu pelajar amat digalakkan mendapat kursus keselamatan terlebih dahulu sebelum melangkah ke industri.

Seperti sedia maklum, Kursus Kad Hijau terus ditawarkan kepada pelajar UTM. Bagi anda yang baru, maklumat Kad Hijau boleh di di baca dalam link FAQ.Pelajar digalakkan mendaftar awal untuk mengelakkan kelewatan mendapat Kad Hijau. Banyak manfaat Kad Hijau boleh diperolehi dengan menghadiri kursus ini. Pemegang Kad Hijau dikecualikan dari mengikut kursus wajib OSHa. Pemegang Kad Hijau juga mendapat perlindungan Takaful. Jadi, jangan lepaskan peluang. Jumpa anda di kursus keselamatan yang mendatang.


No comments:

Post a Comment