FAQ

(Nota: Lihat juga Maklumat Penting UTMSPACE)

Frequently Asked Questions.
Jika anda tidak menemui jawapan dalam FAQ ini, sila emailkan soalan anda  kepada kadhijau@gmail.com
  1. Apakah Kad Hijau?
    Adalah satu kad yang berwarna hijau. Ia dikeluarkan oleh Construction Industry Development Board (CIDB) sebagai satu safety passport memasuki tapak binaan. Padanya tertera gambar dan beberapa maklumat penting tentang pemilik Kad Hijau tersebut.

  2. Kenapa perlu memiliki Kad Hijau?
    Kad Hijau adalah satu-satunya safety passport yang sistematik di Malaysia. Ia diterima pakai dengan meluas oleh banyak industri terutamanya Pembinaan, Oil & Gas, Fabrication Yard dan SMI.

  3. Adakah bidang Mekanikal dan Elektrik juga perlukan Kad Hijau?
    Jika seorang pegawai JUSCO yang ingin memeriksa perabutnya adakah dipasang dengan betul pada suatu pasaraya barunya yang sedang dibina pun wajib memiliki Kad Hijau, apatah lagi anda yang banyak membuat alteration,  installation and commissioning.

  4. Adakah sama Kad Hijau dan OSHE UTMSPACE?
    Tidak sama. OSHE (Occupational Safety, Health and Envorinment) ialah Professional Skill Certificate yang dikendalikan oleh UTMSPACE. Mengikuti kursus OSHE, anda akan diajar berkaitan kesedaran OSH di tempat kerja. Kursus ini dijalankan di UTM selama 2 hari. Setelah anda berjaya mengikuti kursus OSHE ini, anda akan menerima sijil kehadiran kursus dari pihak UTMSPACE.

  5. Kad Hijau pula bagaimana?
    Kad Hijau pula dikeluarkan oleh CIDB. Untuk mendapatkannya anda perlu memohon dan menghadiri "Kursus Keselamatan dan Kesihatan Tapak Binaan" anjuran CIDB. Kursus dibuat dalam UTM oleh saya sendiri sebagai trainer yang telah ditauliahkan oleh CIDB. Kad Hijau anda hanya akan dikeluarkan selepas menghadiri kursus. Kad Hijau adalah satu-satunya safety passport yang diterima pakai oleh kebanyakan industri di seluruh Malaysia.

  6. Kad Hijau boleh ganti OSHE?
    Ya. UTMSPACE telah memutuskan bahwa mereka yang sudah mengikuti kursus Kad Hijau dengan trainer yang UTMSPACE lantik maka tidak lagi perlu kursus OSHE. Anda juga boleh menuntut semula RM50 yang telah dibayar untuk OSHE.

  7. Apa faedah memiliki Kad Hijau?
    Banyak faedah akan diperolehi jika anda memiliki Kad Hijau. Antara faedahnya ialah anda akan mendapat perlindungan Takaful selama tempoh hayat Kad Hijau. Sila klik Faedah Kad Hijau untuk maklumat lanjut.

  8. Siapa yang layak memohon?
    Sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan urusan yang berkaitan dengan  tapak binaan. Mereka layak memohon.

  9. Adakah pelajar UTM perlu memohon?
    Sebagai pelajar UTM, anda akan banyak terlibat dengan lawatan akademik. Anda juga akan dikehendaki membuat assignment oleh pensyarah untuk mengambil data di tapak kerja yang sememangnya banyak bahaya. Pihak industri pula amat menitik beratkan aspek safety. Tetapi, safety mungkin tidak menjadi subjek yang diajarkan di fakulti. Jika pun ada, ia mungkin hanya ditawarkan di bahagian akhir pengajian. Sebelum tamat pengajian, semua pelajar UTM akan juga  dikehendaki mengikuti latihan di industri . Mereka akan terdedah kepada tempat kerja yang bukan sahaja bahaya tetapi juga memerlukan pengetahuan safety yang tinggi. Maka seelok-eloknya, Kad Hijau perlu dimiliki seawal tahun 1 pengajian.

  10. Bagaimana cara memohon?
    Permohon Kad Hijau mesti mengisi borang yang telah disediakan oleh CIDB.  Untuk memudahkan anda, Permohonan Kad Hijau Secara Online ada disediakan. Sila baca 3 Langkah yang disediakan di panel kiri muka blog ini.

  11. Di mana saya boleh dapat borang perdaftaran?
    Tiada Borang Pendaftaran bentuk kertas. Semua Pendaftaran Kad Hijau dibuat secara online. Link borang akan ditetapkan mengikut Group masing-masing. Contoh Group boleh dilihat disini.

  12. Adakah borang permohonan Kad Hijau masih diterima?
    CIDB hanya menerima Pendaftaran Kad Hijau Online. Borang kertas TIDAK diterima. Panduan Mengisi Borang Kad Hijau Online juga ada disediakan.

  13. Apa perlu disertakan semasa mendaftar?
    Gambar, Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Kad Matrik (depan dan belakang). Untuk pelajar asing, sertakan salinan passport dan salinan visa yang masih hidup.

  14. Berapa yuran perlu dibayar?
    CIDB mensyaratkan bayaran permohonan Kad Hijau sebanyak RM50.00. Ini diperlukan untuk bayaran perlindungan Takaful selama 2 tahun.

  15. Bila perlu bayar?
    Selepas  Mohon KH, terus bank-in RM50 sebagai bayaran Kad Hijau. Ini  untuk mengesahkan permohonan anda.  Kemudian SMS kan nama, No IC dan masa bayaran ke 019 776 2929.

  16. Selepas Bayar KH apa berlaku?
    Anda akan diberikan Group. Nama anda akan disenaraikan dalam Group. Setiap Group akan ada link masing-masing untuk membuat Pendaftaran Kad Hijau Online ke CIDB. Gunakan link tersebut untuk membuat pendaftaran ke CIDB.

  17. Adakah pemohon Kad Hijau dikehendaki menghadiri kursus?
    CIDB telah mensyaratkan bahwa Kad Hijau hanya akan dikeluarkan kepada mereka yang telah mengikuti Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan.

  18. Siapa yang akan mengendalikan kursus Kad Hijau?
    Kursus akan dikendalikan oleh Safety Trainer yang ditauliahkan oleh CIDB.

  19. Siapa Safety Trainer yang ditauliahkan CIDB di UTM?
    En Ahmadon Bakri. Klik Profile Safety Trainer 

  20. Bila kursus Kad Hijau akan dijalankan?
    Kursus akan dijalankan mengikuti kesesuaian masa pelajar.

  21. Berapa bilangan peserta kursus dalam satu kelas?
    Kursus dijalankan dalam kumpulan 40 orang. Jadi, adalah digalakkan pelajar memohon dalam kumpulan 40 orang.

  22. Bagaimana kalau saya memohon berseorangan?
    Anda akan dimasukkan ke kumpulan yang belum mencapai 40 orang. Bila bilangan mencukupi, tarikh dan tempat kursus akan ditetapkan. Kekosongan bagi pendaftaran semasa boleh dilihat dalam Kursus Kad Hijau Anda

  23. Bagaimana tarikh kursus akan diumumkan?
    Tarikh kursus akan diumumkan dalam blog ini atau dalam facebook Safety Training. Semua pemohon Kad Hijau adalah digalakan untuk menjadi rakan facebook ini.

  24. Di manakah tempat kursus akan dijalankan?
    Kursus akan dijalankan dalam UTM. Tempat dan masa sebenar akan diumumkan dalam Group masing-masing.

  25. Berapa lama kursus dijalankan?
    Kursus dijalankan selama satu hari sahaja.

  26. Berapa lama selepas kursus peserta akan dapat Kad Hijau?
    CIDB telah menetapkan Kad Hijau akan dikeluarkan selepas 10 hari kursus dijalankan.

  27. Di mana pula Kad Hijau akan diambil?
    CIDB akan menyerahkan Kad Hijau kepada Safety Trainer dan dia pula akan menyerahkannya kepada pemohon. Jika Kad Hijau anda sudah siap, pengumuman akan dibuat dalam blog ini dan juga dalam facebook Safety Training. Sila jadi rakan facebook ini.

  28. Adakah betul bahwa sesiapa yang memiliki Kad Hijau akan dilindungi oleh skim perlindungan Takaful?
    Betul. Dengan syarat kemalangan berlaku dalam tempoh hayat Kad Hijau. Perlindungan ialah 24 jam, di mana-mana tempat di seluruh dunia.

  29. Berapa pampasan yang akan diperolehi?
    Jika kemalangan maut, maksimum ialah RM 21,500.00. Pampasan selanjutnya boleh dilihat dalam Manfaat Takaful Kad Hijau.

  30. Apakah yang dimaksudkan dengan "tempoh perlindungan 24 jam, di mana-mana tempat di seluruh dunia?"
    Jika pemegang Kad Hijau berada di luar negara, kemudian mengalami kemalangan, maka ia tetap layak untuk memohon pampasan Takaful Kad Hijau. Kelayakan memohon pampasan tidak hanya terhad kepada kemalangan yang berlaku semasa waktu kerja sahaja.

  31. Jika saya mengalami kemalangan, di mana saya harus membuat permohonan pampasan?
    Di pejabat CIDB yang terdekat. Sila download dan lengkapkan Borang Tuntutan Takaful terlebih dahulu.

  32. Bagaimana jika saya mengalami kemalangan tetapi tarikh sah Kad Hijau saya sudah tamat?
    Jika tarikh sah sudah tamat, anda tidak lagi dilindungi Takaful Kad Hijau. Maka anda tidak layak mendapat pampasan.

  33. Bagaimana jika tarikh sah Kad Hijau saya sudah tamat?
    Anda perlu perbaharui di mana-mana pejabat CIDB seluruh Malaysia. Sila layari Web Page CIDB untuk maklumat cawangan-cawangan CIDB seluruh Malaysia. Bagi anda yang masih pelajar UTM, sila lihat Cara Baharui Kad Hijau

  34. Jika Kad Hijau saya hilang, bagaimana cara memohon yang baru?
    Sila buat lapuran Polis dan nyatakan dalam lapuran, Kad Hijau hilang. Bawa salinan lapuran polis ke pejabat CIDB terdekat untuk urusan pengantian. CIDB mungkin akan mengenakan sedikit bayaran.