Friday, February 22, 2013

Permohonan Kad Hijau Sem 2 Sesi 12/13 Dibuka

Selamat kembali ke kampus UTM kepada semua pelajar. Semoga perjuangan memburu Ijazah akan menjadi kenyataan.

Bagi mereka yang berminat memiliki Kad Hijau CIDB, permohonan kini dibuka.

Pengurusan permohonan Kad Hijau semasa Sem 1 Sesi 12/13 agak kelam kabut kerana permohonan melalui online ke CIDB mula dikuatkuasakan. Saya sebagai trainer Kad Hijau juga mengalami sedikit kekeliruan.

Setelah mengkaji dan memahami keperluan pihak CIDB, maka beberapa langkah berikut perlu diikuti dan difahami:

  1. Pelajar perlu mengisi borang Mohon Kad Hijau Online.
  2. Bayaran RM55.00 perlu dibuat kepada saya
  3. Permohonan Kad Hijau Online anda ke CIDB akan dibuat oleh saya. Pelajar hanya perlu buat langkah 1 di atas sahaja.
  4. Oleh itu pastikan anda emailkan salinan 3 dokumen penting berikut ke kadhijau@gmail.com dalam bentuk format JPG/JPEG. Gunakan nama anda sebagai Subject email.
  • Gambar ukuran passport (Contohnya ahmad_foto.jpg)
  • Salinan IC (Contohnya ahmad_ic.jpg)
  • Salinan Kad Matrik (Contohnya ahmad_matrik.jpg)

No comments:

Post a Comment