Wednesday, September 12, 2012

Selamat Kembali ke UTM


Selamat kembali ke UTM diucapkan kepada semua pelajar UTM. Anda akan meneruskan cabaran untuk memburu kejayaan bersama UTM. Banyak subjek baru akan ditawarkan. Tentunya pensyarah yang baru juga akan ditemui.

Seperti biasa, setiap kita akan mempunyai tugasan. Mungkin antara kita akan terlibat dengan pengambilan data di tapak binaan atau menjalani Latihan Industri. Isu keselamatan mesti diutamakan. Kita perlu faham aspek keselamatan dan ilmu berkaitan dengannya.

Bagi memastikan kita mendapat ilmu berkaitan safety, Kursus Kad Hijau ada ditawarkan. Anda akan diajar untuk memahami safety terutamanya di tempat kerja. Selepas kursus, anda akan mendapat Kad Hijau CIDB. Ia adalah satu bentuk safety passport melayakkan anda memasuk tapak binaan.

Bagi anda yang akan mengikuti Latihan Industri mohonlah Kad Hijau seawal mungkin untuk mengelakkan kelewatan menerima Kad Hijau. Pada semester 2 Sesi 2011/2012 sahaja, seramai 1,200 orang pelajar telah mendapat Kad Hijau CIDB melalui melalui blog ini. Oleh itu, pastikan anda tidak terlepas peluang mendapatkan Kad Hijau. Kayarilah menu yang disediakan untuk anda memahami lebih lanjut dan proses memohonnya.

No comments:

Post a Comment