Thursday, September 20, 2012

Kekeliruan

Hari ini tidak ramai pelajar yang Mohon KH. Mungkin adanya kekeliruan berkenaan Mohon KH dengan Pendaftaran Kad Hijau Online ke CIDB.

  1. Untuk membuat Kad Hijau terdapat 2 proses utama. Mohon KH dan Pendaftaran Kad Hijau Online ke CIDB
  2. Anda perlu Mohon KH melalui saya. Setelah membuat bayaran, nama anda akan dikumpulkan dalam Group tertentu.
  3. Anda perlu juga mengisi Borang Kad Hijau untuk membuat pendaftaran Kad Hijau ke CIDB. Sebelum ini, Borang Kad Hijau perlu dicetak, dipenuhkan maklumat anda, ditampal gambar dan disertakan salinan IC. Ia kemudiannya akan dihantar oleh trainer ke pejabat CIDB.
  4. CIDB kini telah memudahkan langkah 3 di atas. Tiada lagi borang kertas perlu diisi. Sebaliknya CIDB telah menyediakan Borang Kad Hijau Online. Panduan cara mengisi borang berkenaan juga disediakan.
  5. Link untuk Borang Kad Hijau Online ada disediakan dalam senarai Group masing-masing.
  6. Group 362, 363 dan 364 dikecualikan dari mengisi Borang Kad Hijau Online. Peserta kepada 3 Group ini akan menggunakan cara lama.
  7. Ini bermakna, Mohon KH perlu dibuat secara online seperti biasa kerana saya perlukan maklumat anda untuk proses penyusunan kelas Kad Hijau.
Safety Trainer
20 September 2012

No comments:

Post a Comment