- Kebanyakan pelajar universiti akan mengikuti latihan industri. Semasa latihan industri mereka akan terlibat dengan berbagai suasana tempat kerja yang tidak selamat. Kefahaman mereka tentang amalan Safety and Health di tempat kerja amat penting.
- Terdapat juga pelajar, bermula dari tahun 1, mereka sudah didedahkan oleh pensyarah mereka kepada aktiviti di industri. Ada yang mengikuti lawatan sambil belajar. Ada pula yang ditugaskan oleh pensyarah untuk menyiapkan tugasan-tugasan tertentu. Mereka ini semestinya perlu memahami amalan Safety and Health di tempat kerja.
- Sebagai pelajar universiti, sejarah hidup selama ini mungkin tiada langsung pendedahan suasana kerja di industri. Secara umumnya semua industri mempunyai suasana tempat kerja berisiko tinggi. Pendedahan dan latihan berkaitan Safety and Health mungkin agak terhad. Jika ada pun ia mungkin sebahagian dari tajuk dalam satu matapelajaran. Tiba masanya, secara mendadak, mereka mungkin dikehendaki memasuki tempat kerja yang berisiko tinggi.
- Seperti sedia maklum, untuk mendapatkan kad hijau pemohon diwajibkan menghadiri kursus Safety and Health. Modul kursus ini disediakan khas oleh NIOSH dan digunapakai oleh CIDB. Berbekalkan 7 tahun pengalaman mengendalikan kursus keselamatan, beberapa penekanan khusus akan diberikan oleh Safety Trainer. Inilah peluang terbaik kepada para pelajar mendapat latihan berkaitan Safety and Health di tempat kerja.
- Semasa kursus, pelajar akan mendapat pendedahan secara langsung kepentingan mematuhi undang-undang OSH (Occupational Safety and Health) yang berkaitan. Penjelasan juga diberikan bagaimana sesuatu kemalangan berlaku dan cara mengelakkannya. Seterusnya pelajar akan dipandu untuk mengenalpasti hazard dan bagaimana ia boleh dikawal dari menyebabkan kemalangan. Panduan amalan kerja selamat juga akan banyak dikongsikan bersama.
- Trend semasa di industri ketika ini memerlukan semua pekerja atau pelatihnya mempunyai pengetahuan asas berkaitan Safety and Health di tempat kerja. Industri begitu menjaga keselamatan dan berusaha bersungguh-sungguh mengelakkan kemalangan berlaku. Oleh itu, mereka akan berbesar hati menerima pelajar universiti yang mempunyai kefahaman Safety and Health. Keadaan sebaliknya pula akan berlaku jika pelajar tidak mempunyai pengetahuan tentang Safety and Health.
Semoga perkongsian pengalaman semasa kursus akan membolehkan anda memasuki tempat kerja berisiko tinggi dalam keadaan bersedia.
Safety Trainer
13 Ogos 2009
adakah pelajar juga dpt kad hijau dgn percuma?
ReplyDeletejika tidak, kena bayar berapa??
Setiap permohonan Kad Hijau perlu membayar ke CIDB sebanyak RM 50.00.
ReplyDeleteStaf UTM yang memohon Kad Hijau melalui UTM, pembayaran akan ditanggung oleh UTM. Maka staf tidak perlu menggunakan duit sendiri. Percuma.
Bagi pelajar, bayaran ditanggung sendiri. Maka pelajar perlu membayar RM 50.00.
salam tuan , saya lepasan diploma masih tidak bekerja boleh kah saya apply untuk cidb ini ? t.k
ReplyDeleteI’ve been surfing online more than three hours today, yet I never found any interesting article like yours. It’s pretty worth enough for me. In my opinion, if all webmasters and bloggers made good content as you did, the web will be a lot more useful than ever before. accounting services
ReplyDelete