Wednesday, July 28, 2010

Kursus Kad Hijau CIDB Sem 1, Sesi 2010/11


Pendaftaran kursus kad hijau utk sem 1 sessi 2010/2011 kini dibuka. Anda sebagai pelajar universiti perlu memiliki kad hijau CIDB atas beberapa perkara:
  • mendapat safety training percuma
  • kad hijau perlu ada jika ingin memasuki tapak bina
  • semasa pengajian, lawatan sambil belajar sering dibuat
  • lawatan sambil belajar kebiasaannya melibatkan lawatan tapak bina
  • latihan industri juga memerlukan anda faham safety di tempat kerja
  • pelajar yang tiada kad hijau kurang mendapat peluang di industri
Oleh itu daftar segera untuk mengelakkan kekecewaan. Link berikut boleh membantu:

Monday, July 19, 2010

HSE4IP Degree++, Sem 1, session 2010/2011

Health, Safety and Environment for Industrial Practices (HSE4IP) module under Degree++ UTMSPACE is now available for registration. Dates available are 31/7-1/8/10, 7-8/8/10, 14-15/8/10 and 21-22/8/10. Please refer the link below for further assistance. Pls register yourselves or tell yr friends that might interested to take this module.


www.utmspace.utm.my

Friday, July 16, 2010

Tip-tip untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku bebakaran di dalam bangunan

Kebakaran boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Ia boleh berlaku di rumah kita, di pejabat, di komplek membeli belah dan di mana-mana juga seperti kebakaran hutan dan belukar, kebakaran kenderaan dan lain-lain lagi.

Berikut adalah langkah-langkah yang harus anda ikuti:

  • Kejutkan semua orang yang berada di dalam premis anda dan aktifkan alat amaran kebakaran yang paling hampir dengan anda seperti penggera pecahkaca untuk mengejutkan orang di dalam bangunan tersebut dan bangunan yang berhampiran.
  • Segera keluar dari bangunan yang terlibat dan berkumpul di satu kawasan yang selamat seperti tempat di tempat berhimpun yang telah ditetapkan, parking kereta awam atau di tepi jalan dalam jarak yang selamat iaitu diantara 1.5 ke 2 kali ketinggian bangunan yang terlibat. Elakkan daripada berkumpul di laluan kerera bomba.
  • Hubungi talian kecemasan iaitu 999 dan pihak pengurus keselamatan bangunan sekiranya anda mengetahuinya.
  • Jangan membasir masa untuk membawa keluar barang-barang yang besar dan berat. Ingat barang boleh di cari tetapi nyawa tidak dapat diganti.
  • Tutup pintu rintangan api atau pintu kompartmen di mana kebakaran berlaku. Ini bertujuan untuk melengahkan api merebak dan memberi masa kepada anda untuk menyelamatkan diri.
  • Keluar dari bangunan dengan menggunakan laluan menyelamatkan diri dan tangga kecemasan. Elakkan dari menggunakan lif kecuali bagi orang yang kurang upaya.
  • Sekiranya anda sampai di laluan di mana terdapat pintu tertutup, sebelum anda buka pintu tersebut, rasakan dengan belakang tangan anda pada bahagian atas pintu, pemulas pintu (doorknob), dan ruang diantara pintu dan bingkai pintu untuk memastikan tidak ada kebakaran disebalik pintu tersebut.
  • Walaupun mungkin pintu itu sejuk, bukalah pintu tersebut dengan berhati-hati iaitu dengan menyandarkan bahu anda pada pintu terebut dan buka dengan perlahan-perlahan. Ini kerana sekiranya terdapat kebakaran di sebalik pintu tersebut, tekanan hasil dari kepanasan kebakaran tersebut akan memberi daya tolakan yang cukup kuat.
  • Sekiranya laluan menyelamatkan diri telah dipenuhi oleh asap, berjalanlah dengan membongkokkan diri sambil menutup mulut dan hidung anda dengan saputangan, oksigen biasanya berada di bawah aras asap. Asap biasanya mengandungi gas yang beracun yang boleh menyebabkan kematian.
  • Ikutlah tanda arah ke tempat berhimpun yang telah ditentukan.
  • Jangan cuba untuk memasuki kembali ke dalam bangunan setelah anda telah keluar dari bangunan tersebut melainkan setelah ianya tentukan selamat oleh pihak yang berkuasa. Sekiranya anda mengsyaki kemungkinan masih ada sesaorang yang anda kenal di dalam bangunan tersebut, maklumkan kepada ahli bomba yang berada di tempat kejadian.
By Dr. Yahya bin Mohamad Yatim
Fakulti Alam Bina,
Universiti Teknologi Malaysia.

Wednesday, July 14, 2010

Pertanyaan tentang kursus SHO

SOALAN

Saya nak tanya encik,

macam mana saya nak apply Safety and Health Officer (SHO) bagi graduan menganggur yang ditaja NIOSH? Saya ada Degree in Telecomunication Engineering dan baru habis belajar. Dimana saya perlu dapatkan borang permohonan tu?

Salam
NIOSH sudah tidak mengendalikan program percuma Itu. Saya cadangkan anda terus ke PUSPATRI pasir gudang. Mereka ada menawarkan kursus SHO yang ditaja kerajaan.

Selamat Kembali Semula

Selamat kembali semula semua pelajar UTM, UiTM, UPM dan UMP. Teruskan perjuangan anda memburu cita-cita. Semoga kejayaan akan bersama anda suatu hari nanti.

Jangan lupa merancang kursus keselamatan anda untuk semester ini. Terdapat dua modul safety yang ditawarkan untak anda: HSE4IP dan Green Card CIDB.

Juga, maklumkan rakan-rakan anda berkaitan kursus keselamatan yang anda pernah lalui.

Bagi mereka yang baru mendaftar, anda digalakkan memiliki Green Card CIDB lebih awal. Ia adalah paspot untuk masuk tapak kerja. Ramai yang kecewa ketika mengikuti lawatan sambil belajar, tetapi tidak dibenarkan masuk tapak kerja kerana tidak memiliki kad hijau.