Friday, August 28, 2009

Kursus Kad Hijau 250

Kumpulan: Pelajar FKA UTM Skudai

Tarikh: 4 Oktober 2009 (Ahad),
Tempat: C07-414, FKA UTM
Masa: 8.30 pagi

Sila semak nama anda dan maklumkan kepada rakan-rakan.

1 AHMAD BIN MOHD ISA
2 AMANINA BINTI JOHARI
3 ARIFAH NAJWA LAILA BINTI IDRIS
4 ATIQAH BINTI ZAINAL
5 GRACE WONG MING CHIA
6 HASAN BIN MOHD YUNAN
7 HUANG WEI
8 HUSNA LATHIFUNNISA
9 LAU SIYI
10 LEONG WAI LOON
11 MARIANI BINTI CHE SAADUN
12 MD ZAKI BIN MD GHAZALI
13 MOHAMAD FIRDAUS BIN MOHAMAD NAZRI
14 MOHD FARED BIN MOHD TAMIN
15 MOHD FIRDAUS BIN MANJA
16 MOHD FIRDAUS BIN YATIM
17 MOHD SUFFIAN BIN RAMLI
18 MOHD ZAMIRUDIN BIN AHMAD TAJUDIN
19 MUHAMMAD FIRDAUS BIN AHMAD
20 NADHIR BIN AHMAD TARMUZI
21 NOR HASMAH BINTI ZAKARIA
22 NORADILA BINTI MASON
23 NUR SYAZWANI BINTI SAMSUDIN
24 NURFAEIZAH BINTI RAZALI
25 NURFATIN AQILAH BINTI MOHD YUSOF
26 NURHIDAYATUL NAZARAH BINTI CHE ALIAS
27 RAJA NORHASNIZA BINTI RAJA TAIHAIRAN
28 SALIHA GULTEKIN
29 SARIFAH SALWA BINTI SAPANI
30 SHARIFAH HASLINDA BINTI SYED HARUN
31 SITI HADIJAH BINTI ASHARI
32 SITI NORIDAH BINTI AYOB
33 SITI ROZAIFAH BINTI ROFIEE
34 SITI SHAUQIAH BINTI ZAINUDDIN
35 STEVEN LING HOE KHING
36 SYED MUHAMMAD BIN SYED YAHYA
37 TAN KAI SIANG
38 TEN YI HAO
39 VIKNESVARAN A/L THAYANANDAN
40 ZURAINAH BINTI MOHAMED SAID

Wednesday, August 26, 2009

HSE4IP: Peluang Terakhir

Peluang terakhir Sem 1, Sesi 09/10 untuk pelajar-pelajar UTM mengikuti Degree++ modul Health, Safety & Envinronment for Industrial Practices (HSE4IP).

Sebanyak 4 kelas ditawarkan melalui SPACE untuk semester 1, sesi 09/10. Dua telah berjaya dijalankan pada 25-26 Julai 2009 dan 5-6 Ogos 2009.

Dua kelas lagi akan dijalankan pada 5-6 Sept 2009 dan 12-13 Sept 2009. Pendaftaran kelas 5-6 Sept 2009 telah penuh. Hanya kelas 12-13 Sept 2009 yang masih dibuka.

Pelajar yang berminat harap dapat mendaftar segera kerana selepas tarikh tersebut, tiada kelas HSE4IP lagi ditawarkan untuk Sem 1, Sesi 09/10. Untuk maklumat lanjut sila layari
Degree++ SPACE.

Sekian semoga membantu

Safety Trainer

Monday, August 17, 2009

Peserta Lepas GCard

Berikut kumpulan yang telah mengikuti kursus safety & health sejak bulan Julai 2009:

  1. Pelajar Tahun 1 Akitek, Fakulti Alam Bina UTM. Julai 2009
  2. Pensyarah dan staf makmal, FKA UTM. Julai 2009
  3. Staf Pejabat Harta Bina, UTM (Group 1). Julai 2009
  4. Staf Pejabat Harta Bina, UTM (Group 2). Julai 2009
  5. Pelajar Tahun 4 UTM (Group 1) HSE4IP Degree++. Julai 2009
  6. Pelajar Tahun 2 Akitek, Fakulti Alam Bina UTM. Ogos 2009
  7. Pelajar Tahun 4 Landscape, Fakulti Alam Bina UTM. Ogos 2009
  8. Pelajar Tahun 4 UTM (Group 2) HSE4IP Degree++. Ogos 2009
  9. Pelajar Kejuruteraan Awam, UTM KL. Ogos 2009
  10. Pelajar Kejuruteraan Mekanikal. UTM KL. Ogos 2009
  11. Pelajar Tahun 4 UTM (Group 3) HSE4IP Degree++. September 2009
  12. Pelatih Biro Inovasi Perundingan, UTM. September 2009

Sunday, August 16, 2009

HSE4IP: Apa kata mereka

Testimonial from the past participants on Health, Safety and Environment for Industrial Practices (HSE4IP) seminar. This 2-day seminar is being offered under Degree++ SPACE UTM.















Friday, August 14, 2009

Degree++ on HSE4IP

Health, Safety and Environment for Industrial Practices (HSE4IP) adalah satu modul safety and health training yang ditawarkan melalui SPACE UTM Degree++ program. Modul ini direka khas untuk pelajar-pelajar universiti yang bakal memasuki berbagai bidang pekerjaan.



Pelajar universiti yang terdiri dari berbagai bidang kursus mungkin tidak berpeluang mengikuti kursus keselamatan dan kesihatan sepanjang pengajian. Bagi sesetengah kursus, safety and health mungkin subjek yang tiada berkaitan. Namun hakikatnya, safety and health adalah keperluan hidup termasuklah di alam pekerjaan.

Amalan dalam semua bidang industri sekarang ini, banyak menitikberatkan aspek keselamatan, kesihatan dan persekitaran. Kebanyakan mereka mula perihatinan memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Amalan itu juga sejajar dengan langkah mematuhi undang-undang di bawah
Occupational Safety and Health Act (OSHA94), Factory Machinery Act (FMA67) dan Environmental Quality Act (EQA74).



Sebagai persiapan awal, pelajar universiti sewajarnya mempunyai bekalan yang cukup tentang amalan Safety and Health dalam industri. Di samping memiliki pengetahuan tambahan, ia juga mampu menjadi nilai tambah yang membolehkan seseorang pelajar "lebih laku" di persada pekerjaan.

Memahami kepenting semasa ini, melalui HSE4IP, pelajar akan dilatih mengetahui undang-undang berkaitan OSH. Mereka juga didedahkan kemahiran bagaimana kemalangan berlaku dan langkah mengelakkannya. Seterusnya pengenalpastian hazard di tempat kerja juga ditekankan. Ia akan diikuti dengan kaedah mengawal hazard tersebut supaya tidak menyebabkan kemalangan. Penerangan juga diberikan bagaimana mencegah kemalangan. Malah, kalau pun berlaku kemalangan, pelajar juga diajar bagaimanakah kaedah melindungi diri.

Beberapa peluang pekerjaan dalam bidang
Safety and Health juga akan dibincangkan.

Modul ini dirangka khas berdasarkan modul
Safety and Health in Oil and Gas Industry. Namun, pengubahsuaian dibuat supaya ia dapat diamalkan dalam semua bidang industri.

HSE4IP adalah antara kursus favourite di kalangan pelajar UTM. Sekurang-kurangnya 5 kumpulan pelajar telah mengikuti kursus ini pada setiap semester. Lihatlah komen mereka yang telah mengikuti modul ini.


Kursus dikendalikan dalam suasana perbincangan kumpulan. Anda juga dilatih bagaimana membuat effective presentation bersama-sama rakan yang. Lihatlah pengalaman mereka yang lepas.

Jika berminat, anda boleh melawati Laman Web Degree++ SPACE UTM. HSE4IP diletakkan di bawah kod kursus GLA1016.

Semoga membantu

Safety Trainer
14 Ogos 2009


Kad Hijau Untuk Staff UTM

Kursus Health and Safety untuk mendapatkan kad hijau telah dimasukkan dalam senarai kursus anjuran HCD (Human Capital Development) UTM. Ini bermakna, pihak HCD UTM akan menganjurkan kursus berkenaan dan menanggung perbelanjaan untuk mendapat kad hijau.

Sebagai staf UTM, anda hanya perlu melengkapkan
Borang UPP1 dan menyerahkannya kepada HCD UTM tanpa apa-apa bayaran. Pihak HCD UTM akan menghubungi anda untuk memaklumkan tarikh kursus berkenaan.

Ramai di antara staf UTM telah mendapat manfaat ini.


Umum mengetahui, ramai staf UTM yang terlibat dengan kerja-kerja di tapak binaan atau yang berkaitan dengannya. Mereka terdiri dari pensyarah, pegawai universiti, pemantau kualiti dari Pejabat Harta Bina, juruteknik di makmal sehingga ke semua staf sokongan di UTM.

Pihak Unit OSH UTM telah memutuskan bahwa semua kawasan pembinaan dalam UTM adalah kawasan Kad Hijau CIDB. Oleh itu, semua personel yang ingin masuk ke kawasan pembinaan mesti memiliki kad hijau.

Beberapa perkara berikut mungkin berkaitan dengan anda sabagi staff UTM:

  1. Mana-mana staf fakulti yang ditugaskan memantau pembinaan bangunan fakulti masing-masing. Anda mesti memiliki kad hijau sebelum memasuki tapak binaan.


  2. Terdapat pensyarah yang akan menyelia latihan industri pelajar. Anda akan melawat tapak binaan atau loji pemerosesan. Sediakan diri anda terlebih dahulu dengan memiliki kad hijau.


  3. Staf makmal yang banyak terlibat dengan pengambilan sample di lapangan untuk tujuan ujian makmal.


  4. Pensyarah yang merancang membawa pelajar untuk melawat tapak binaan. Pastikan anda memahami amalan keselamatan di tapak binaan. Anda dan pelajar mungkin tidak dibenarkan masuk sekirannya tidak memiliki kad hijau.

Semoga membantu

Safety Trainer
14 Ogos 2009

Manfaat Takaful Kad Hijau

osha utm
Waris Allahyarham Nabil (kiri) ketika menerima cek bernilai RM21,500 dari Dekan FKA UTM (tengah). Nabil adalah staff Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) UTM. Dia telah mengalami kemalangan maut di Lebuhraya PLUS ketika dalam perjalanan dari KL ke JB. Ketika kemalangan, Kad Hijau Nabil masih lagi sah. Terima kasih CIDB.




Semua pemegang kad hijau dilindungi Skim Perlindungan Takaful selama tempoh hayat kad hijau. Perlindungan ini adalah 24 jam, bila-bila masa dan di mana jua anda berada di seluruh dunia. Ia tidak terhad kepada kejadian kemalangan di waktu bekerja dan di bumi Malaysia sahaja.

Manfaat Skim Perlindungan Takaful Kad Hijau CIDB adalah seperti berikut:

JENIS PERLINDUNGANBANYAK MANFAAT (RM)
Kematian akibat kemalangan
21,000.00
Keilatan kekal akibat kemalangan
18,000.00
Kematian biasa
3,000.00
Keilatan kekal seluruh tubuh badan
3,000.00
Belanja pengkebumian
500.00
Manfaat wad hospital akibat kemalangan25.00 / hari
(max 25 hari)

Thursday, August 13, 2009

Faedah Kad Hijau


Semua pemegang kad hijau akan mendapat manfaat antaranya seperti berikut:
  1. Perlindungan Takaful selama tempoh kad hijau hidup, pada bila-bila masa di mana jua kita berada. Untuk bayaran RM 50.00, kad hijau akan hidup selama 2 tahun. Ini bermakna CIDB memberikan perlindungan takaful kepada anda dengan bayaran hanya RM 25.00 setahun!!


  2. Perlindungan Takaful adalah untuk tempoh 24 jam sehari. Bermakna, perlindungan bukan hanya pada waktu bekerja tetapi juga di luar waktu bekerja.


  3. Perlindungan Takaful bukan sahaja di Malaysia malah di mana-mana tempat di seluruh dunia. Contoh: Jika anda sebagai pemegang kad hijau CIDB, mengalami kemalangan maut ketika melancung di Australia, CIDB akan membayar pampasan kepada waris anda sebanyak RM 21,000.00.


  4. Pemegang kad hijau juga akan menikmati potongan yuran sehingga 50% kepada kursus-kursus tertentu anjuran CIDB.


  5. Pemegang kad hijau rakyat Malaysia, layak untuk mengikuti kursus percuma anjuran Akademi Binaan Malaysia.


  6. Mendapat pengetahuan Safety and Health kerana anda akan menghadiri kursus percuma anjuran CIDB.


  7. Bagi pelajar UTM, ada beberapa faedah tambahan:
  • UTMSPACE telah bersetuju bahwa semua pelajar yang mengikuti Kursus Kad Hijau tidak perlu megikuti kursus OSHA.

  • Pelajar yang memiliki Kad Hijau juga boleh menuntut semula bayaran RM 50 dari pihak UTMSPACE dengan menunjukkan Kad Hijau anda.

  • UTMSPACE juga bersetuju supaya pelajar UTM yang memerlukan Kad Hijau dikehendaki memohon Kursus Kad Hijau dan bukan OSHA.

Semoga membantu

Safety Trainer
07 Oktober 2011

Bila Kursus Kad Hijau?

Kursus Kad Hijau CIDB akan dilaksanakan mengikut keperluan. Beberapa perkara berikut mungkin membantu.

  1. Tarikh Kursus, Masa dan Tempat ada dinyatakan dalam Group masing-masing  (click di sini untuk contoh Group).  Ia  ditetapkan mengikut keperluan semasa. Juga boleh lihat di Senarai Group.


  2. Setiap kumpulan hanya dihadkan kepada 40 orang peserta sahaja. Bermakna, sekiranya bilangan peserta belum mencukupi, permohonan akan terus dibuka. Peserta perlu Mohon KH dan Bayar KH.


  3. Pelajar digalakkan membuat perancangan sesama ahli kelas untuk membuat permohonan serentak. Ini akan mempercepatkan lagi proses permohonan kad hijau.


  4. Sekiranya peserta melebihi 40 orang, peserta selebihnya akan dikumpulkan ke kumpulan seterusnya.


  5. Bagi pelajar UTM Skudai, kursus akan dikendalikan di dalam kampus UTM. Kursus akan dikendalikan oleh Safety Trainer yang telah ditauliahkan oleh CIDB.


  6. Bagi peserta di luar UTM, jika bilangan mencukupi, kursus boleh dijalankan di tempat saudara berada.


  7. Tarikh kursus adalah flexible dan boleh dibuat pada tarikh yang sesuai dengan masa pelajar. Bermakna, bila permohonan mencukupi 40 peserta, tarikh kursus akan ditetapkan.
Semoga membantu
Safety Trainer
05 September 2013

Borang Mohon Kad Hijau

Borang Mohon Kad Hijau (Link 1)


Pelajar Perlu Kad Hijau?

Pelajar universiti perlu memiliki Kad Hijau berdasarkan beberapa sebab-sebab berikut:

  1. Kebanyakan pelajar universiti akan mengikuti latihan industri. Semasa latihan industri mereka akan terlibat dengan berbagai suasana tempat kerja yang tidak selamat. Kefahaman mereka tentang amalan Safety and Health di tempat kerja amat penting.


  2. Terdapat juga pelajar, bermula dari tahun 1, mereka sudah didedahkan oleh pensyarah mereka kepada aktiviti di industri. Ada yang mengikuti lawatan sambil belajar. Ada pula yang ditugaskan oleh pensyarah untuk menyiapkan tugasan-tugasan tertentu. Mereka ini semestinya perlu memahami amalan Safety and Health di tempat kerja.


  3. Sebagai pelajar universiti, sejarah hidup selama ini mungkin tiada langsung pendedahan suasana kerja di industri. Secara umumnya semua industri mempunyai suasana tempat kerja berisiko tinggi. Pendedahan dan latihan berkaitan Safety and Health mungkin agak terhad. Jika ada pun ia mungkin sebahagian dari tajuk dalam satu matapelajaran. Tiba masanya, secara mendadak, mereka mungkin dikehendaki memasuki tempat kerja yang berisiko tinggi.


  4. Seperti sedia maklum, untuk mendapatkan kad hijau pemohon diwajibkan menghadiri kursus Safety and Health. Modul kursus ini disediakan khas oleh NIOSH dan digunapakai oleh CIDB. Berbekalkan 7 tahun pengalaman mengendalikan kursus keselamatan, beberapa penekanan khusus akan diberikan oleh Safety Trainer. Inilah peluang terbaik kepada para pelajar mendapat latihan berkaitan Safety and Health di tempat kerja.


  5. Semasa kursus, pelajar akan mendapat pendedahan secara langsung kepentingan mematuhi undang-undang OSH (Occupational Safety and Health) yang berkaitan. Penjelasan juga diberikan bagaimana sesuatu kemalangan berlaku dan cara mengelakkannya. Seterusnya pelajar akan dipandu untuk mengenalpasti hazard dan bagaimana ia boleh dikawal dari menyebabkan kemalangan. Panduan amalan kerja selamat juga akan banyak dikongsikan bersama.


  6. Trend semasa di industri ketika ini memerlukan semua pekerja atau pelatihnya mempunyai pengetahuan asas berkaitan Safety and Health di tempat kerja. Industri begitu menjaga keselamatan dan berusaha bersungguh-sungguh mengelakkan kemalangan berlaku. Oleh itu, mereka akan berbesar hati menerima pelajar universiti yang mempunyai kefahaman Safety and Health. Keadaan sebaliknya pula akan berlaku jika pelajar tidak mempunyai pengetahuan tentang Safety and Health.

Semoga perkongsian pengalaman semasa kursus akan membolehkan anda memasuki tempat kerja berisiko tinggi dalam keadaan bersedia.

Safety Trainer
13 Ogos 2009

Keratan Akhbar














Kad Hijau CIDB

(Nota: Lihat juga Maklumat Penting UTMSPACE)





Kad Hijau CIDB (Green Card) adalah kad berwarna hijau dikeluarkan oleh CIDB (Construction Industry Development Board). Ia satu bentuk Safety Passport yang diperlukan oleh sesiapa sahaja yang ingin memasuki tapak binaan.

Untuk memiliki kad hijau seseorang diwajibkan mengikuti safety and health training selama sehari. Di sinilah peluang yang baik untuk sesiapa sahaja mendapatkan pengetahuan berkaitan safety and health.


Di UTM, mereka yang melalui kursus Kad Hijau dengan trainer yang telah ditauliahkan oleh UTMSPACE layak mendapat pengecualian kursus Occupational Safety and Health Awareness (OSHA).


Bermula pada tahun 1997, CIDB telah melaksanakan peraturan supaya semua yang terlibat dengan tapak binaan mesti memiliki Kad Hijau CIDB. Jika terdapat individu yang tidak memiliki kad hijau dan berada di tapak binaan, maka dikira bersalah dan boleh dikenakan tindakan oleh CIDB.



Untuk memiliki kad hijau, seseorang perlu memohon menggunakan Borang UPP1. Permohonan boleh dibuat melalui Safety Trainer yang telah dilantik oleh CIDB. Safety Trainer akan mengajukan permohonan tersebut ke CIDB untuk proses pengeluaran kad hijau.

Cara memohon juga ada disediakan.


Setiap mereka yang memohon juga wajib mengikuti kursus sehari tentang keselamatan dan kesihatan untuk tapak binaan. Kursus dikendalikan oleh Safety Trainer berkenaan. Tempat kursus akan ditetapkan kemudian oleh pihak Safety Trainer.

Setiap kursus hanya dihadkan kepada 40 orang peserta.

Selepas kursus permohonan Kad Hijau akan diproses oleh CIDB. Selama 10 hari bekerja, Kad Hijau sedia untuk diambil.

Semua pemegang Kad Hijau juga mendapat perlindungan Skim Perlindungan Takaful selama tempoh Kad Hijau itu masih sah.


Safety Trainer
6 Mac 2012

Wednesday, August 12, 2009

Welcome to OSH Training

Assalamualaikum

Selamat datang,

Blog ini disediakan khusus untuk mereka yang berminat untuk mengetahui dan mengikuti kursus Occupational Safety and Health (OSH).

Isu keselamatan dalam banyak bidang industri perlu ditangani dengan baik. Kesedaran perlu diberikan kepada bukan sahaja pekerja, malah majikan juga. Kesedaran yang ada perlu diteruskan dengan amalan keselamatan dan kesihatan yang betul.

Kesedaran dan amalan yang betul memerlukan kepada latihan. Latihan peringkat asas perlu diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi. Sebab itulah latihan berterusan memerlukan kesungguhan semua pihak.

Di samping latihan, beberapa isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan juga akan sama-sama diutarakan untuk perbincangan.

Semoga kita saling membantu

Safety Trainer
12 Ogos 2009